Isnin, 8 Mac 2010

Sejarah SK Bidor

SEJARAH SEKOLAH






Sekolah Kebangsaan Bidor telah diasaskan secara rasmi pada tahun 1983. Namun begitu, tahun sebenar sekolah ini adalah pada tahun 1893. Pada ketika itu, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Melayu Umum Bidor sebelum ditukarkan statusnya menjadi sekolah kebangsaan. Sekolah ini terletak dalam pekan Bidor dan di Daerah Batang Padang.

Kawasan awal penempatan sekolah ini adalah bekas tapak bagi kawasan perlombongan. Terdapat dua syarikat perlombongan yang beroperasi ketika itu, ianya ialah Syarikat Perlombongan Ampat Tin dan Tongkat Habour. Namun syarikat perlombongan ini tidak lagi beroperasi sekarang. Penubuhan sekolah ini adalah bertujuan untuk memberi pendididikan kepada anak-anak pelombong yang juga adalah penduduk tempatan dan anak penoreh getah. Sekolah ini juga turut menjadi tumpuan bagi penduduk sekitar pekan bidor pada ketika itu.

Dari segi fakta sejarahnya, tidak dapat diketahui siapakah yang menjadi teraju utama penubuhan sekolah ini. Namun begitu, menurut penduduk tempatan penubuhan sekolah ini dicadangkan oleh penduduk di sektar Pekan Bidor yang mendesak kerajaan Inggeris pada ketika itu untuk membina sebuah sekolah untuk anak melayu Bidor. Hal ini kerana hanya pihak kerajaan sahaja yang mampu menyediakan kemudahan pada ketika itu. Ini termasuklah menyediakan guru-guru Melayu. Bagi orang bukan melayu mereka mampu menyediakan sekolah swasta dan gurunya pula didatangkan khas dari negara asal mereka. Menurut cerita En. Mohd Tolin bin Long iaitu bekas murid sekolah ini, bangunan asal sekolah ini telah dibina berukuran 22’ x 24’ dengan mempunyai dua tingkat. Bilik darjah bahagian atasnya berlantaikan papan manakala bilik darjah bawahnya berlantaikan simen walaubagaimanapun bangunan asal di Jalan Bruseh telah diruntuhkan apabila bangunan baru iaitu rumah guru telah didirikan. Bangunan baru sekolah ini siap dibina pada tahun 1983 di Jalan Sungkai dengan bilangan murid 439 orang dan guru seramai 20 orang serta dibantu oleh pekerja biasa seramai 4 orang. Perkembangan sekolah ini boleh dilihat apabila negara telah mencapai kemerdekaan. Proses perkembangan sekolah Kebangsaan Bidor dibahagikan kepada dua tahap iaitu:

Bilangan murid dan guru. Mengikut catatan buku kehadiran murid pada tahun 1934, bilangan murid pada ketika itu seramai 64 orang dan mempunyai 2 orang guru sahaja. Namun pada tahun 1977, bilangan murid telah meningkat menjadi seramai 401 orang manakala guru pula seramai 17 orang dan 3 orang pekerja sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan